Hehe…aku baru jer balik dari Mid Valley, tengok wayang Niyang Rapik. Niat dihati nak tengok My Name Is Khan, takde la plak citer tu di Mid Valley. Since mata pun blom ngantuk, aku nak update and story sket pasal filem ni. So pada sapa2 yang belom tengok citer nih boleh la dapat gambaran sket.
O.K movie review. Tengok Niyang Rapik boleh jadi penat sih. Mana tak nya, asyik terkejut tengok hantu. Memang banyak kejutan lah cerita nih. Pendek kata kejutan demi kejutan. Citer dia best la, ada motif dan tak meleret serta merapu. Dibintangi oleh Zed Zaidi (Saiful), Fizz Fairuz (Zack), Sam (Zizan), Kamal Adli (Hilmi), Awal (Amir) dan sekuntum bunga si Liyana Jasmay (Laila). Syok la kalau jadi Liyana Jasmay coz dikelilingi kumbang2 yang ensem (uwekkk…).
Citer ni bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan kawan-kawannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit.
Jadi kawan-kawan dia yang terdiri daripada Helmi, Saiful, Zizan dan Amir bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.
Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh.
Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui.
Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab? Jadi untuk menjawab semua tu silalah korang ke pawagam behampiran untuk menonton filem Niyang Rapik. Ayuuuhhh…sokonglah filem Malaysia!
Secara keseluruhannya, filem ni tak boring ditonton. Lagi satu lakonan para pelakon pun bagus. Waah semuanya pujian, tapi jangan risau, aku tidak disogok oleh Ahmad Idham untuk mempromote citer ni. Apa yang aku tulis hanyalah dari pandangan peribadi aku.
Kalau nak tahu citer di sebalik tabir filem ni, klik SINI.